Pages

Friday, April 30, 2010

Ajal yang dipolitikkan












Salam sejahtera, kepada semua rakyat Malaysia. Alhamdullilah, tanah air kita tetap terpelihara dan aman damai hingga saat ini, jika dibandingkan dengan negara jiran kita. Cuma pergolakan politik yg menukar perkara lazim yg kecil kepada agenda besar dakyah - dakyah pemimpin politik dan kadang boleh bertukar menjadi hasutan - hasutan yang tidak pernah putus sedang galak menjajah minda fanatik mana - mana penyokong parti tertentu. Melaga - lagakan mereka yg berbeza fahaman terutama org MELAYU.





Sekarang rakyat Malaysia sudah bebas untuk memilih media yang mereka percaya. Bergantung kepada logik akal masing - masing untuk menilai apa yang berlaku di depan mereka. Sekiranya mereka ragu – ragu dengan laporan media perdana, mereka boleh memilih untuk mendapatkan info – info terkini dari blog – blog penulis bebas. Ditambah sekarang wujud laman sosial facebook di mana rakyat Malaysia boleh berdebat tentang isu semasa secara ilmiah..





Yang menyedihkan penulis, isu kematian dalam kita tidak sedar sudah pun 'dipolitikkan' oleh golongan yang sangat cetek pemikirannya. Hingga ajal pun sanggup dipertikaikan. Isu kematian adik Aminulrasyid yang menjadi isu yang paling hangat sekarang ini, ada di antara golongan - golongan jahil ini terus mempertikai apa yang telah ditentukan ALLAH. Kita sebagai muslim sepatutnya menghadiahkan arwah dengan AL-FATIHAH dan minta arwah yang baru berusia 15 tahun itu ditempatkan di antara orang - orang yang beriman. InsyaALLAH.



Cukuplah kita mempertikaikan kejadian hitam itu dan tiada siapa pun yang menduga ia berlaku. Mengikut kronologi kejadian:-




-lebih kurang pukul 12 tengah malam Aminulrasyid menguna kereta kakaknya untuk ke rumah seorang teman dengan niat untuk menonton perlawanan bola.


-motor salah seorang temannya rosak.


-dalam perjalanan ke tempt tersebut kereta yang dipandu Aminulrasyid telah bergesel dengan sebuah kereta mewah yang diparking di tepi jalan. Disebabkan panik, ditambah beliau tidak memiliki lesen memandu, beliau mengambil keputusan untuk memecut meninggalan tempat kejadian.


-dalam dia memecut, ada beberapa motor(kemungkinan kawan2 pemilik kereta yg digesel Aminulrasyid sedang mengejar beliau) menambahkan lagi takut beliau. Tanpa diduga salah seorang dari mereka terjatuh selepas merempuh belakang kereta yandg dipandu beliau.


-selepas melepasi satu bulatan, mereka bertembung pula dengan mpv peronda polis. Beliau terus memecut dlm keadaan panik. (mengikut logiknya ia menimbulkan rasa curiga kepada sesiapa saja yang melihat situasi itu, penulis rasa inilah yang dialami oleh polis peronda berkenaan)


-dipendekan cerita, mungkin terlalu takut, arwah tidak mempedulikan arahan polis yang meminta beliau berhenti dan terus memecut hingga memaksa polis melepaskan tembakan amaran yang ditujukan kepada tayar kereta yang dipandu beliau. Tapi tembakan kedua tersasar terkena kepala beliau dan arwah rebah di atas ribaan teman arwah sendiri yang melarikan diri selepas itu.




Sebagai manusia yang waras, tindakan polis pada masa itu menyangka Aminulrasyid dan kawannya merupakan penjenayah yang bahaya apabila mereka tidak berhenti apabila diarahkan oleh polis dan kalau polis berkenaan berniat untuk membunuh mereka berdua, sudah tentu polis - polis berkenaan tembak saja kawannye yang melarikan diri itu. Tapi pada pendapat penulis polis - polis berkenaan masih lagi waras dan tidak melepaskan tembakan sesuka hati dan tanpa sebab.





Jadi kesimpulan penulis tentang kejadian malam itu, ia adalah sudah ketentuan Ilahi. Di antara kedua - dua pihak berada dalam win win situation. Tidak adil untuk menyalahkan anggota polis sepenuhnya dalam kejadian tersebut. Sebenarnya banyak iktibar yang boleh dipelajari oleh kita semua..




  • Pertama anak - anak yang semuda arwah adik Aminulrasyid tidak patut memandu kereta dengan tiada lesen memandu dan keluar rumah larut malam sedangkan arwah masih lagi dibangku sekolah.



  • Kedua, peranan ibu bapa dalam menjaga kehidupan sosial anak - anak adalah amat penting. Pada usia 15 tahun adalah terlalu muda untuk disiasiakan.. Sama – sama lah kita belajar dari apa yang berlaku.. Free ur mind. Throw away all the negativeness and grab all the positive notes.



Akta Penggunaan Senjata Api oleh Pihak Berkuasa.




- Polis mempunyai kuasa menggunaan senjata api sekiranya ada pesalah trafik melarikan diri dari pemeriksaan dan sekatan jalan raya





Jadi kepada kawan – kawan seagama, patuhilah undang- undang ..



MAY ALLAH BLESS AMINULRASYID